fbpx

Wang pelaburan haram RM17.5 juta belum dituntut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebuah firma guaman meminta 7,849 penuntut pihak ketiga yang terpedaya sehingga menyerahkan deposit haram berjumlah RM17.5 juta kepada sebuah syarikat dikendalikan oleh seorang artis dan dua anaknya supaya tampil bagi mendapatkan semula wang mereka.

Peguam, S. I Rajah berkata, mereka yang merasakan menjadi mangsa syarikat tersebut supaya menghubungi firma itu untuk tindakan selanjutnya di mahkamah.

S.I Rajah ketika hadir di ibu pejabat Media Mulia, Petaling Jaya. – FOTO/FARIZ RUSADIO

“Kes ini sudah berlanjutan sejak 14 tahun lalu. Ada penuntut yang telah berjaya dalam rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 24 April tahun lepas terhadap Bank Negara Malaysia (BNM). Jadi, sesiapa yang menjadi mangsa boleh berbuat demikian untuk mendapatkan semula wang mereka.

“BNM telah menyiarkan senarai nama penuntut yang masih belum tampil serta tidak melantik peguam untuk urusan tersebut,”katanya kepada Kosmo!.

Menurut Rajah, mereka perlu mengemukakan dokumen seperti salinan kad pengenalan, akaun bank dan nombor telefon untuk dihubungi.

Katanya, penuntut pihak ketiga berhak melantik peguam sendiri dan pihaknya juga bersedia untuk mewakili mereka.

“BNM akan melucuthakkan wang tersebut kepada kerajaan Malaysia jika penuntut pihak ketiga tidak tampil untuk membuat tuntutan. Mangsa-mangsa terlibat boleh menghubunginya di talian 03-2022 2019 atau 03-2022 0209 bagi maklumat lanjut,” jelasnya.

Mengikut rekod, syarikat tersebut didakwa menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan berdepan dengan 360 tuduhan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM59 juta.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI