fbpx

Lelaki maut kereta terjunam dalam curam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang terjunam ke dalam cerun berhampiran Bulatan KLIA menghala ke Chaterfield hari ini.

SEPANG – Seorang lelaki meninggal dunia selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya terjunam ke dalam cerun berhampiran Bulatan KLIA menghala ke Chaterfield di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 2.17 petang.

“Sebuah kereta terbabas dan terjunam ke dalam curam anggaran 4.5 meter. Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu dan dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Tindakan anggota bertugas mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan hidraulik dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Norazam berkata, seramai lapan pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI