fbpx

Abdul Latif, Mun Yee terima pengiktirafan bergelar Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL LATIF (kiri) dan Mun Yee menerima pingat PMW yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan semalam. – MSN

JAGUH paralimpik negara, Abdul Latif Romly tentunya bersemangat tinggi untuk meneruskan kejayaan gemilangnya di pentas antarabangsa selepas me­nerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW).

Pengiktirafan yang diberikan kepada Latif, 24, pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan semalam membolehkannya membawa gelaran Datuk.

Kejayaan itu dikongsikan ­Majlis Sukan Negara (MSN) dalam hantaran di laman sosial Facebook semalam dengan ke­nyataan; ‘Atlet Para Olahraga Abdul Latif Romly terima pi­ngat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk,” jelas MSN.

Sebagai rekod, Latif muncul atlet paralimpik pertama me­raih pingat emas buat kali kedua berturut-turut di pentas Sukan Pa­ralimpik selepas menjuarai acara lompat jauh T20 (masalah pem­belajaran) sewaktu edisi ­Tokyo 2020 tahun lalu.

Justeru, pengiktirafan itu mampu menjadi tonik terbaik buat atlet dari Perlis itu yang pastinya mengimpikan pingat emas hatrik Sukan Paralimpik menjelang edisi seterusnya di Paris 2024 selepas meraihnya di Rio 2016 dan Tokyo 2020.

Selain Latif, bekas ratu terjun kebangsaan, Leong Mun Yee turut menerima pingat PMW yang membawa kepada gelaran Datuk pada istiadat berkenaan berdasarkan pencapaiannya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Mun Yee memilih untuk bersara daripada arena terjun awal tahun ini selepas 27 tahun menabur bakti demi negara dengan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi pentas terakhir buat dirinya.

Antara atlet lain yang turut menerima darjah kebesaran pada istiadat itu ialah Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi serta beregu badminton lelaki, Aaron Chia Teng Fong dan Soh Wooi Yik.

Ridzuan dikurniakan Johan Mahkota Wilayah (JMW), manakala Aaron Chia-Wooi Yik pula menerima pingat Kesatria Mahkota Wilayah (KMW).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI