fbpx

6 anggota IPD Klang Utara terlibat isu tatatertib,integriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Seramai enam anggota terlibat dalam isu tatatertib dan integriti dibawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, ini melibatkan kes seperti dadah, pemerasan dan pencabulan yang dikesan dan dilaporkan sepanjang September tahun lalu hingga Februari ini.

Katanya, siasatan masih dilakukan terhadap salah laku tersebut sebelum tindakan dilakukan kepada mereka.

“Belum lagi dituduh ke mahkamah kerana masih menunggu laporan berkaitan. Apabila lengkap siasatan kita akan rujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Kalau tiada pertuduhan, mungkin akan mengambil tindakan dalaman. Mereka yang terlibat itu masih bertugas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan IPD Klang Utara di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 40 anggota dan pegawai kanan menerima surat penghargaan atas kecemerlangan mereka.

Vijaya menambah, kadar peratusan mereka yang terlibat dalam salahlaku itu hanya 0.1 peratus daripada keseluruhan 625 anggota dan pegawai di IPD ini.

Justeru, Vijaya turut mengingatkan kepada keseluruhan anggota dan pegawainya agar sentiasa komited dan menjaga nama baik pasukan IPD Klang Utara sepanjang menjalankan tugasan mereka.

Dalam perkembangan berlainan, beliau memaklumkan pihaknya telah berjaya mencapai kadar peratusan 40 peratus pertuduhan seperti Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

“Kita terus memastikan keselamatan rakyat dengan memfokuskan kepada jenayah harta benda seperti pecah rumah, ragut dan curi kenderaan yang menyumbang kepada indeks jenayah,” jelasnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI