fbpx

Pengantin gementar ditanya jurunikah doa ‘bersama isteri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika seorang pengantin lelaki disoal oleh jurunikah sebelum ijab kabul dimulakan. - TikTok

JAKARTA – Sebuah video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang jurunikah bertanyakan beberapa soalan kepada pengantin lelaki semasa sesi ijab kabul, lapor laman berita Suara.com.

Berdasarkan video yang dimuat naik pada akaun TikTok bernama @khalifastudios, seorang pengantin lelaki lengkap berpakaian putih dilihat duduk di hadapan jurunikah.

“Setelah kahwin, nak ada anak?’’ tanya jurunikah. 

Setelah pengantin lelaki tersebut mengiyakan soalan tersebut, jurunikah seterusnya bertanya apa kriteria anak yang diinginkan.

“Saya mahu anak soleh dan solehah,’’ jawab pengantin lelaki.

Jurunikah pun menasihati bahawa perlu memulakan persetubuhan dengan berdoa sebelum bertanyakan lagi sama ada pengantin lelaki sudah menghafal doa itu atau belum.

Setelah dijawab tidak, jurunikah itu terkejut lalu menasihatinya untuk menghafal doa tersebut.

Rata-rata tetamu yang hadir turut terhibur dengan situasi tersebut.

Video dengan lebih 12 juta tontonan itu turut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Rasa macam peperiksaan percubaan tesis,’’ tulis seorang netizen.

“Nasib baik pakai pelitup muka, malunya kalau orang ramai tengok,’’ ulas netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI