fbpx

MPN setuju sempadan negara dibuka 1 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kanan) serta sebahagian daripada menteri yang hadir pada mesyuarat MPN di Putrajaya hari ini. /FOTO FAIZ ALIFF

PUTRAJAYA – Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersetuju supaya sempadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac tanpa keperluan kuarantin wajib.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun, ujian Covid-19 sebelum berlepas dan sejurus tiba di pintu sempadan negara perlu dilakukan mengikut syor Kementerian Kesihatan (KKM) sekali gus perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa.

“Ini melibatkan semua negara kerana Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan tadi, sekiranya nak pilih (negara), Omicron ini sudah ada di seluruh dunia.

“Bagaimanapun, ada perkara yang akan diumumkan nanti seperti peraturan, saringan Covid-19, tak perlu kuarantin dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan taklimat oleh Khairy Jamaluddin pada mesyuarat tersebut, sistem kesihatan awam masih mampu menguruskan kes Covid-19 berikutan banyak pengalaman sudah dilalui sebelum ini.

“Walaupun kes sekarang meningkat, namun kapasiti yang ada dapat menampung jumlah pesakit. Ini bermakna proses pemulihan ekonomi akan dapat dipercepatkan, manakala pelabur dan pelawat asing boleh masuk ke negara ini.

“Industri pelancongan akan pulih semula dan boleh ‘terbang’ semula tetapi dalam masa sama, kita perlu pastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam mesyuarat tersebut, MPN turut mencadangkan supaya pelarasan bagi semua bantuan kewangan oleh pelbagai pihak dapat dilaksanakan secara sistematik bagi meningkatkan penggunaan sumber lebih optimum, bersasar dan berlandaskan keperluan.

Ujarnya, ia bagi mengelakkan daripada pertindihan berlaku sekali gus lebih ramai pengusaha yang terjejas dapat terus menerima bantuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI