fbpx

Jual air ketum jadi sumber pendapatan penganggur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas 110 bungkus air ketum ketika menahan seorang lelaki di Kampung Jaya Baru, Keningau, di sini. /FOTO IHSAN PDRM

KENINGAU – Aktiviti menjual air ketum seorang penganggur terbongkar apabila dia diberkas polis daerah ini dalam serbuan di rumahnya di Kampung Jaya Baru, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai menjadikan kegiatan haram berkenaan sebagai sumber pendapatan utama sejak hujung tahun lalu.

“Pemeriksaan di bahagian dapur rumah berkenaan, polis menemui sejumlah tiga tong berisi bungkusan plastik sebanyak 110 bungkus.

“Setiap bungkusan itu mengandungi cecair disyaki air ketum anggaran sebanyak 110 liter dan semua air ketum berkenaan dirampas dan dianggarkan bernilai RM1,100,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, semakan mendapati suspek seorang penganggur dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah.

Katanya, suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI