fbpx

UniKL sah turun pertahankan kejuaraan musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIL (tengah) mengesahkan penyertaan skuad UniKL akan berentap dengan enam lagi pasukan bertanding pada MHL musim ini.

STATUS penglibatan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini terjawab.

Ia selepas Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfe­derasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh mengesahkan penyertaan skuad juara bertahan itu yang akan be­rentap dengan enam pasukan.

“Saya mendapat banyak panggilan mengatakan UniKL tidak bermain. Jangan dengar khabar angin kerana sekarang sudah ada bukti UniKL akan tetap beraksi (MHL 2022).

“Pendaftaran sudah ditutup pada 25 Januari lalu. Ada tujuh penyertaan pasukan lelaki bertanding iaitu THT (Pasukan Hoki Terengganu), TNB (Tenaga Nasional Berhad), TNB Thunderbolts, Maybank, Nurinsafi Sporting, UniKL dan UiTM.

“Empat pemain import dibenarkan untuk satu pasukan tetapi sekarang bukan masa sesuai ambil import kerana perlu ikut banyak SOP (prosedur operasi standard) dengan baki dua minggu sahaja lagi sebelum kejohanan bermula,” katanya.

Saingan wanita me­nyaksikan enam pasukan sah mengambil bahagian iaitu Sabah, KPT-Uniten Thunderbolts, Mutiara Impian MSSPP-PSHA, Negeri Sembilan Girls, Sarawak dan pa­sukan pembangunan kebangsaan.

Katanya, tarikh pe­nganjuran MHL 2022 bermula 18 Februari ini hingga Jun nanti dipendekkan ke hujung Mac kerana mahu memberi lebih masa kepada pa­sukan kebangsaan berlatih.

“Kita awalkan kepada penghujung Mac kerana takut bercanggah dengan kalendar FIH (Persekutuan Hoki Antarabangsa) dan AHF (Persatuan Hoki Asia),” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI