fbpx

Pelitup muka Kosk tutup hidung sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan topeng muka kosk yang hanya menutupi hidung pemakainya. – Oddity Central

SEOUL – Pelitup muka ciptaan terbaharu Korea Selatan yang hanya menutupi hidung pemakainya mendapat perhatian akhbar-akhbar Barat, lapor portal berita Oddity Central semalam.

Pelitup muka itu dipanggil ‘kosk’ iaitu gabungan perkataan Korea, ‘ko’ untuk hidung dan sk untuk peliup. Pelitup muka unik itu dijual oleh syarikat dari Korea Selatan, Atman.

Ia terdiri daripada dua bahagian dengan satu daripadanya boleh ditanggalkan untuk membiarkan mulut pemakai terdedah. 

Pelitup muka tersebut direka untuk memberikan perlindungan terhadap Covid-19 semasa pengguna sedang makan. Ia juga boleh dipakai di hidung pada bila-bila masa sahaja.

Kosk adalah salah satu pelitup muka yang boleh didapati di Korea Selatan. Trend luar daripada kebiasaan itu mencetuskan kontroversi di Barat dengan ramai yang menganggapnya sebagai tidak berguna sama sekali.

“Tiada beza dengan orang ramai yang memakai pelitup muka di bawah hidung mereka,’’ demikian ciapan seorang pengguna Twitter mengenai kosk.

Bagaimanapun, kajian mendapati hidung adalah laluan paling mudah untuk virus Covid-19 memasuki tubuh manusia. Sesetengah pakar kesihatan percaya bahawa mengenakan pelitup hidung adalah hidung lebih baik daripada langsung tidak memakai pelitup muka.

Kosk dikatakan mempunyai penarafan lima bintang di platform beli-belah Korea Selatan, Coupang di mana satu pek berisi 10 kosk dijual pada harga 9,800 won (RM34.18).

Satu pek berisi tiga helai pelitup muka serupa daripada Spar Clone Fabric berharga 2,000 won (RM6.98) yang boleh digunakan semula berulang kali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI