fbpx
Raysha Rizrose

Saya boleh kahwin bila-bila masa sahaja – Raysha Rizrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon popular Raysha Rizrose me­ngaku rimas dan tidak selesa apabila kerap diajukan perta­nyaan mengenai perkahwinan.

Namun begitu, pemilik nama sebenar Farza Naquraisha Mohd. Fariz, 26, yang telah menjalin hubungan cinta selama 10 tahun dengan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri, mengambil sikap terbuka ber­kenaan pertanyaan mengenai hari bahagianya.

“Secara jujurnya, saya memang berasa rimas bukan sahaja dengan orang di sekeli­ling, tetapi juga keluarga kerana sering mengajukan soalan bila mahu berkahwin?

“Saya anggap pertanyaan (mengenai kahwin) sebagai satu doa dan tidak mahu tertekan. Saya percaya tidak perlu tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Ex Aku Pontianak ­baru-baru ini.

Meskipun tidak mele­takkan sebarang sasaran untuk menamatkan zaman bujang, pelakon drama Ex Aku Pontia­nak itu tetap mempunyai impian untuk mendirikan rumah tangga.

“Apabila saya bersedia, bulan depan pun boleh jadi (berkahwin). Contohnya, jika me­rancang setiap tahun, kalau belum jodoh memang tidak akan berlaku juga,” tuturnya.

Sungguhpun rimas dengan pertanyaan tentang perkahwinan, keinginan untuk mendirikan rumah tangga mula timbul selepas melihat kakaknya yang juga pelakon Uqasha Senrose dan sepupunya, Oktovia Manrose bertemu jodoh ma­sing-masing baru-baru ini.

“Itu yang peliknya, saya be­rasa rimas kalau di­tanya bila hendak berkahwin? Namun, bila lihat kakak dan sepupu­ bertemu jodoh, saya pun terasa ingin berkahwin.

“Tipulah sepanjang dalam hubungan tidak pernah berbincang soal kahwin, tetapi setakat berbincang sahaja. Insya-Allah kalau ada jodoh, saya akan berkahwin.

“Cuma sekarang fokus adalah karier. Banyak lagi perkara yang ingin dicapai dalam karier sebelum saya menamatkan zaman bujang,” katanya.-K! ONLINE

POPULAR