fbpx

Mohamed Azam dilantik sebagai Ketua Pengarah IKIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azam

PUTRAJAYA – Pengerusi Jawatankuasa Syariah, Kumpulan CIMB, Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil dilantik sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menerusi satu kenyataan berkata pelantikan Mohamed Azam, 56, itu telah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ketokohan latar belakang Mohamed Azam adalah diyakini mampu melakar kegemilangan IKIM
sebagai sebuah institusi Islam yang menjalankan kajian, penyelidikan berkaitan pemerkasaan umat Islam dalam pelbagai bidang.

“Dalam pada masa sama, beliau diharap dapat memperkasa aspek penerangan kefahaman Islam termasuk melalui penyiaran Islam Radio IKIM,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Tambah Idris, pihaknya berharap Mohamed Azam dapat menjalankan amanah itu dengan sepenuh hati demi agama, negara serta ummah dan semoga Allah S.W.T sentiasa mengurniakan pedoman dalam setiap tindakan yang dilaksanakan beliau.

Mohamed Azam yang dilahirkan pada 18 Jun 1966 berpengalaman luas dalam bidang akademik,
penyelidikan, pengurusan serta pentadbiran serta dakwah menerusi media dengan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah di Universiti Malaya pada tahun 1990.

Beliau seterusnya menyambung pengajian di peringkat Sarjana pada tahun 1993 di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, United Kingdom dan kelulusan
tertinggi beliau adalah mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam jurusan undangundang pada tahun 2007 di universiti sama.

Idris berkata, Mohamed Azam menjawat jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia sejak tahun 2013 dan turut bertugas sebagai Pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula tahun 1990 sehingga tahun 2020.

“Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah, Kumpulan CIMB pada tahun 2014 sehingga 2017. Penulisan akademik serta syarahan beliau khususnya dalam bidang perundangan Islam sentiasa menjadi rujukan sehingga peringkat antarabangsa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI