fbpx

Bunga 99 juta tahun bantu saintis kaji evolusi tumbuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENURUT pengarang kajian, bunga-bunga itu hampir menyerupai bunga moden. - Twitter

LONDON – Satu penyelidikan terbaharu mendedahkan bahawa bunga yang diawet oleh proses alam semula jadi dan berusia beratus-ratus tahun lamanya dapat membantu saintis mengkaji evolusi dan penyebaran tumbuhan berbunga, lapor laman berita Wion News semalam.

Menurut saluran berita CNN, dua kuntum bunga dalam bentuk sempurna ditemui masih terpelihara dalam bentuk fosil dan dikatakan mekar pada zaman dinosaur.

Penemuan baharu itu memberi petunjuk tentang bagaimana beberapa spesies tumbuhan berbunga di rantau Afrika Selatan hari ini kekal tidak berubah sejak 99 juta tahun yang lalu. Kedua-dua bunga itu mekar di sebuah kawasan yang kini negara Myanmar.

Kedua-dua bunga itu dipercayai bersifat fana iaitu dengan kitaran hayat yang pendek. Ia hilang selepas mekar dan berubah menjadi buah.

“Daun biasanya dihasilkan dalam jumlah yang lebih besar daripada bunga dan jauh lebih teguh. Ia mempunyai potensi pemuliharaan yang tinggi,’’ jelas pengarang kajian itu, Robert Spicer selaku Profesor Emeritus Sekolah Sains Alam Sekitar, Bumi dan Ekosistem di The Open University, Britain. 

“Sehelai daun dibuang pada akhir hayatnya, manakala bunga akan berubah menjadi buah yang kemudian dimakan atau hancur sebagai sebahagian proses penyebaran biji benih,’’ jelas beliau.

Tambahnya, bunga-bunga itu hampir menyerupai bunga moden dan tidak mempunyai perbezaan yang besar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI