fbpx

KKMM teliti laporan audit prestasi capaian internet seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (dua dari kiri) melihat seorang penduduk kampung mengeluarkan beras yang menggunakan kaedah ATM di YKK, Peringat hari ini.

KOTA BHARU – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang meneliti satu kaedah pelaporan audit yang jelas bagi mengukur tahap prestasi kualiti capaian internet di seluruh negara.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, perincian mengenai perkara itu sedang dibincangkan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan kaedah yang terbaik.

Katanya, pihak kementerian juga sudah mengarahkan SKMM di setiap negeri agar sentiasa membuat audit kawasan yang sering mengalami capaian internet yang tidak stabil.

“Selain itu, satu kajian bersama dengan syarikat telekomunikasi (telco) yang terlibat juga perlu dijalankan.

“Sekarang ini kita sudah memperkasakan capaian internet di setiap negeri. SKMM sedang melihat masalah (capaian internet) yang masih berlaku di kawasan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat UMNO Ketereh dan Pelancaran Mesin Automatik Mudah Alih (ATM) Beras di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini hari ini.

Annuar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh berkata, kaedah itu perlu dilakukan untuk memperbaiki kelemahan sedia ada dan tidak bergantung dengan laporan daripada syarikat Telco semata-mata. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI