fbpx
Papan solar yang dipasang pada pada pagar elektrik turut dirosakkan oleh kawanan gajah liar yang memasuki kebun getah Tanam Semula Berkelompok (TSB) di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut semalam.

1,500 pokok getah dimusnahkan gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT –  Hasil usaha dan titik peluh 17 peserta projek Tanaman Semula Berkelompok (TSB) Kampung Kuala Sat musnah apabila ‘diserang’ sekumpulan gajah liar di Kampung Kuala Sat di Ulu Tembeling dekat sini semalam.

Dalam kejadian awal pagi semalam itu menyaksikan kira-kira 1,500 pokok getah berusia dua tahun dimusnakan kira-kira enam ekor gajah yang masuk ke kawasan berkenaan.

Peserta TSB Kuala Sat, Ikmal Razali, 28, berkata, dia yang memasuki kawasan kebun itu pagi tadi amat terkejut apabila melihat banyak pokok getah dipatahkan dan tumbang dirosakkan oleh gajah liar itu.

“Sebelum ini kawanan gajah liar memang kerap berkeliaran keluar dari hutan dan melintas jalan raya berdekatan kampung ini, tetapi tidak pernah memasuki kawasan kebun getah penduduk di sini.

“Kejadian ini telah disedari oleh penduduk di sini pagi yang masuk ke kebun untuk membersihkan tanaman ini lalu bertukar gempar dengan kejadian ini,” katanya di Kampung Kuala Sat, di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Rahimi Othman, 32, berkata, kejadian itu bukan sahaja mengejutkan malahan menyebabkan mereka mengalami kerugian seterusnya menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemakmuran Kampung (JPKK) Kuala Sat, Abdul Jabar Dollah, 58, berkata, pihaknya  telah  memaklumkan kejadian itu  kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN