fbpx

Penjara Machang cari waris banduan warga Laos sedang nazak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Pusat Pemulihan Akhlak Machang mengesan waris kepada seorang banduan warganegara Laos yang sedang nazak di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dekat sini.

Lelaki yang dikenali sebagai Samit, 42, telah dua minggu menerima rawatan di hospital berkenaan akibat dijangkiti meningitis atau radang pada selaput otak dan saraf tunjang.

Samit

Penolong Penguasa Penjara Machang, Zaini Salim berkata, keadaan kesihatan lelaki itu dilaporkan serius dan difahamkan kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

“Samit menjalani hukuman penjara sejak 6 Januari lalu atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Bagi waris atau sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan banduan ini, boleh menghubungi talian 013-787 7474,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI