fbpx

Operasi JPJ kesan tiga penunggang motosikal positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ memeriksa salah seorang penunggang motosikal pada Ops TBC di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Tiga pengguna jalan raya dikesan disyaki di bawah pengaruh dadah sewaktu pemeriksaan Ops Tahun Baru Cina (TBC) 2022 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jambatan Sultan Mahmud di sini malam tadi.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga penunggang motosikal tersebut positif dadah jenis methamphetamine.

“Anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah menjalankan ujian air kencing terhadap 23 individu dengan dua lelaki berumur 41 tahun serta seorang lagi berusia 47 tahun didapati positif dadah.

“Selain itu, sebanyak 117 saman juga telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu yang diadakan di daerah ini, Kemaman dan Besut pada malam ini (tadi),” katanya ketika mengetuai operasi tersebut di Jambatan Sultan Mahmud di sini malam tadi

Operasi berakhir pukul 11 malam itu disertai 127 anggota dan pegawai terdiri daripada JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), AADK dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Zulkarnain berkata, tiga buah kenderaan turut disita dalam operasi bersepadu tersebut.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu sebanyak 22 lokasi di seluruh Terengganu telah dikenalpasti sebagai kawasan kerap kemalangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI