fbpx

NASA naik taraf perisian kesan asteroid ‘Hari Kiamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penambah baikan perisian JPL membantu mengesan dengan lebih tepat asteroid yang berpotensi melanggar Bumi. - Future Publishing

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendakwa bahawa agensi berkenaan berupaya mengesan asteroid berbahaya yang boleh memusnahkan Bumi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) itu telah menaik taraf perisiannya  bagi mengesan asteroid kepada algoritma Sentry-II baharu buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

Penambah baikan itu  akan membantu NASA meningkatkan pengesanan batu angkasa berbahaya yang menghampiri Bumi.

Makmal Jet Propulsion (JPL) NASA menggunakan perisian khas untuk menganalisis kemungkinan asteroid berbahaya boleh melanggar Bumi.

Ia berfungsi dengan mengimbas senarai asteroid dan orbit serta status bahaya dan mengira jika mana-mana asteroid yang diketahui atau baharu berpotensi melanggar Bumi.

Sistem yang digunakan dikenali sebagai kesan Yarkovsky, merujuk kepada bagaimana asteroid menyerap cahaya matahari dan memancarkannya sebagai haba.

Haba ini memberi kesan kepada laluan asteroid dan boleh menjelaskan kemungkinan ia jatuh ke Bumi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI