fbpx

Grindr hilang dari kedai aplikasi China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pada 27 Mac 2019 menunjukkan logo aplikasi Grindr pada sebuah telefon bimbit di Los Angeles. - AFP

BEIJING – Aplikasi cari jodoh Gay, Grindr hilang dari kedai-kedai aplikasi di China selepas pihak berkuasa mengetatkan lagi kawalan internet dengan ‘menghapuskan’ kandungan online yang tidak disukai oleh Parti Komunis.

Pihak berkuasa siber China kini dalam kempen selama sebulan untuk memadamkan semua kandungan terlarang dan sensitif semasa cuti Tahun Baharu Cina dan temasya Olimpik Musim Sejuk di Beijing pada Februari ini.

Walaupun China selaku negara berpenduduk paling ramai di dunia, membenarkan homoseks pada 1997, perkahwinan songsang masih lagi dilarang, manakala topik mengenai  lesbian, gay, biseks dan transeksual (LGBT) kekal tabu.

Komuniti LBGT kini tertekan berikutan pelaksanaan langkah penapisan kandungan laman web dan larangan paparan percintaan gay dalam filem.

Data daripada firma penyelidikan internet, Qimai menunjukkan bahawa Grindr dipadamkan daripada kedai Apple’s App di China pada Khamis lalu.

Pencarian aplikasi berkenaan dalam Android dan platform serupa kendalian syarikat-syarikat China juga gagal.

Aplikasi Google Play tiada di China. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI