fbpx

Belotti tolak tawaran Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELOTTI

LONDON – Newcastle United dilaporkan gagal dalam percubaan mereka untuk mendapatkan khid­mat penyerang Torino, Andrea Belotti yang sudah mempunyai impian destinasi pasukan baharu bakal disertainya.

The Magpies setakat ini berjaya mengikat dua pemain baharu, Kie­ran Trippier dan Chris Wood untuk mengubah nasib pasukan itu musim ini, namun mereka masih belum berpuas hati dan sedang memburu beberapa lagi pembelian baharu sehingga jendela perpindahan Januari ber­akhir awal pagi Selasa ini.

Pengurus pasukan itu, Eddie Howe mengakui, mereka melalui minggu yang mengecewakan apabila dua pemain yang diinginkan, Diego Carlos dan Sven Botman bagi memperkuatkan benteng pertahanan gagal diikat.

Namun, perkara yang sedikit menggembirakan adalah apabila mereka hampir pasti bakal mendapatkan khidmat pemain tengah Olympique Lyon, Bruno Guimaraes selain rundingan bersama penyerang muda Arsenal, Eddie Nketiah masih berjalan.

Akhbar di Itali mendedahkan, Newcastle tidak mengemukakan bidaan kepada Torino, sebalik­nya membuat tawaran kontrak bernilai £5.8 juta (RM32.58 juta) hingga £6.8 juta (RM38.19 juta) semusim kepada Belotti.

Belotti yang memiliki 41 kaps bersama Itali, berhijrah ke Torino dari Palermo pada 2015 dan kini sudah meledak 107 gol dalam 238 penampilan bersama pasukan berkenaan.

Pemain berusia 28 tahun itu dilaporkan hanya berminat untuk menyertai AC Milan jika ada tawaran daripada pasukan berkenaan yang juga terdesak untuk mencari penyerang baharu menggantikan Zlatan Ibrahimovic dan Olivier Giroud yang sudah berusia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI