fbpx

Rumah penduduk di Kampung Tasek rosak akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kediaman penduduk rosak teruk dalam kejadian ribut di Tasek, Ipoh petang tadi. - Gambar media sosial

IPOH – Beberapa buah rumah di Kampung Tasek di sini rosak teruk dalam kejadian ribut petang ini.

Kejadian pada pukul 6.45 petang itu menyebabkan atap rumah penduduk di kampung berkenaan diterbangkan angin kencang yang berlaku ketika hujan lebat.

Sebatang pokok tumbang akibat kejadian ribut tersebut.

Pihak bomba dan agensi penyelamat lain telah digerakkan ke kawasan tersebut sebaik menerima panggilan.

Tindakan sewajarnya sedang dilakukan termasuklah mengenal pasti jumlah kediaman serta penduduk yang terkesan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI