fbpx

Pelancong Britain terkejut temui biawak berbisa dalam mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIWAN itu menjenguk ke luar mangkuk tandas untuk memerhati bilik air tersebut. – Viral Press

BANGKOK – Seorang pelancong Britain terkejut apabila mendapati seekor biawak berbisa tiba-tiba muncul dari lubang tandas di tempat penginapannya, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Kejadian itu dilaporkan di wilayah Pathum Thani, tengah Thailand pada 21 Januari lalu. 

Haiwan pemangsa itu dikatakan menjenguk dan menjelir lidahnya sebelum memusingkan kepala untuk memerhati di sekeliling bilik air tersebut.

Jason Kingman, 37 dari bandar Gravesend, daerah Kent bersama pasangannya, Chantima Chairisuk, 45, melihat reptilia itu memberikan renungan yang mencancam ketika memerhati selama tiga minit sebelum hilang ke dalam lubang tandas. 

“Teman wanita saya memanggil lalu berkata ada sesuatu yang kotor bergerak di dalam tandas. Saya fikir itu pelik dan tidak terfikir bahawa ia adalah biawak. Saya kagum apabila melihatnya. 

“Terdapat banyak haiwan tersebut tinggal di taman kami tetapi ini adalah kali pertama saya melihatnya di tandas,’’ jelas Kingman yang ketika itu sedang melancong di Thailand.

Menurut Chairisuk, dia menemui sesuatu berwarna gelap yang bergerak ketika ingin menggunakan tandas sebelum menghubungi Kingman untuk memeriksa objek aneh itu. 

“Ada orang di luar sedang menyembur racun serangga. Saya rasa biawak itu cuba melarikan diri jadi ia bersembunyi di dalam tandas tersebut.

“Ia akhirnya meninggalkan rumah kami dan tidak mencederakan sesiapa,’’ jelas Chantima. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI