fbpx

Aliran trafik perlahan menuju ke utara dan timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik perlahan menuju ke utara dan timur pagi ini.

PETALING JAYA – Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik bergerak perlahan menuju ke arah utara dan timur pagi ini.

Menurut laporan trafik di Twitter rasmi LLM, keadaan trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai berikutan pertambahan jumlah kenderaan sejak pukul 7 pagi.

Sementara itu di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1), trafik dilaporkan perlahan di beberapa laluan termasuk sebelum Plaza Tol Bentong ke arah timur.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika memandu dan mematuhi jarak selamat kenderaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI