fbpx

‘Wartawan cilik’ terima hadiah istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa ketika menyerahkan hadiah sebuah MatePad kepada Muhammad Haziq.

PETALING JAYA – ‘Wartawan cilik’, Muhammad Haziq Mohd. Asyraf, 12, berjaya menarik perhatian ramai apabila videonya yang melaporkan penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Sungai Petani baru-baru ini tular di media sosial.

Terbaharu, dia dikatakan telah menerima tawaran berlakon daripada sebuah sanggar produksi yang berpangkalan di ibu negara.

Gelagat dan kepetahan Haziq dalam menyampaikan maklumat membawa tuah kepada dirinya apabila menerima hadiah sebuah MatePad daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh menteri tersebut di laman Facebook miliknya, beliau amat teruja melihat video rakaman wartawan cilik tersebut yang juga mendapat pujian orang ramai.

“Saya teruja melihat wartawan cilik Muhammad Haziq melaporkan kemunculan ular sawa di pasar Bukit Selambau.

“Kesunggugan dan kebolehan adik Haziq perlu digalakkan jadi saya menghadiahkan sebuah gajet buat beliau.

Tambah Annuar, dia berharap agar dengan pemberian hadiah tersebut dapat memupuk semangat Haziq untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI