fbpx

Padah swafoto di puncak gunung, pendaki maut tergelincir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jacobson tergelincir ketika mengambil swafoto di puncak gunung. - ABC15 Arizona

PHOENIX, ARIZONA – Seorang pendaki gunung maut akibat tergelincir ketika mengambil swafoto di puncak sebuah gunung di negeri Arizona, Amerika Syarikat, lapor laman berita Wion News semalam.

Mayat pendaki tersebut, Richard Jacobson, 21,  ditemui selepas beberapa rakan sepasukannya menelefon talian kecemasan 911 pada pukul 12.45 tengah malam (waktu tempatan), Isnin lalu.

Sejurus mendapat panggilan, Jabatan Keselamatan Awam Arizona menghantar sebuah helikopter untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

Mayatnya ditemui hampir 213 meter di bawah lereng yang menjadi lokasi perkhemahan kumpulan pendaki tersebut.

“Ketika kejadian, mangsa sedang mengambil swafoto di puncak gunung tersebut sebelum dia tergelincir lalu terjatuh ke bawah.

“Berdasarkan siasatan, tiada sebarang unsur penyalahgunaan dadah atau perkara-perkara terlarang. Ia adalah satu kemalangan tragis,” kata Sarjan Doug Peoble dari Pejabat Sherif Mencari dan Menyelamat Daerah Pinal.

Dalam pada itu, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Family Medicine and Primary Care mendedahkan bahawa seramai 259 individu maut ketika mengambil swafoto antara tahun 2011 hingga 2017. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI