fbpx
Pegawai JPJ mengedarkan risalah bagi memupuk kesedaran pemandu di stesen minyak Petronas kawasan rehat dan rawat (R&R) Dengkil arah utara.

Advokasi sempena Tahun Baharu Cina, JPJ pupuk kesedaran pemandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia melalui Bahagian Keselamatan Jalan Raya (BKJR) bersama-sama Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) telah melaksanakan Program Advokasi sempena perayaan Tahun Baru Cina di Stesen Minyak Petronas kawasan rehat dan rawat (R&R) Dengkil arah Utara, hari ini.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, program kolaborasi dengan syarikat Petronas itu bertujuan mengingatkan pemandu supaya berhati-hati dan mengambil berat tentang keselamatan ketika memandu.

“Para pemandu dinasihatkan supaya berehat secukupnya sebelum meneruskan perjalanan, sentiasa memeriksa kenderaan, penggunaan sticker pantul cahaya dan aspek-aspek keselamatan lain yang berkaitan.

“Selain itu, khidmat nasihat dan risalah keselamatan jalan raya turut diberikan kepada orang awam untuk memupuk kesedaran mengenai pentingnya aspek pematuhan peraturan jalan raya di saat peningkatan kadar trafik menjelang musim perayaan ini,” katanya.

Menurutnya, BKJR akan terus melaksanakan program-program berbentuk advokasi sebegini bagi mencapai visi untuk menjadikan ‘Malaysia, Sebuah Negara Sifar Kematian Akibat Nahas Jalan Raya’ sekaligus memupuk kesedaran pemandu kenderaan supaya sentiasa peka dengan kenderaan yang dipandu di samping sentiasa menerapkan budaya pemanduan yang selamat ketika berada di jalan raya.-K! ONLINE

POPULAR