fbpx

Sindiket edar rokok seludup di Johor Bharu tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dimin (kiri) menunjukkan mercun yang dirampas dalam serbuan di Jalan Ahad, Kampung Ungku Mohsin, dekat sini semalam. /FOTO IHSAN PGA SIMPANG RENGGAM

JOHOR BAHRU – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas pelbagai jenis rokok dan mercun bernilai keseluruhan RM723,496 dalam satu serbuan yang dijalankan di Jalan Ahad, Kampung Ungku Mohsin, di sini petang semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang berkata, dalam operasi pada pukul 6.50 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan berdasarkan maklumat awam yang diterima pihaknya berkenaan rokok dan mercun lari cukai.

“Ketika serbuan dibuat, suspek sedang memandu keluar dari kawasan berkenaan dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Avanza.

“Pemeriksaan yang dibuat menjumpai 15 kotak berisi pelbagai jenis mercun, manakala pemeriksaan lanjut dikawasan sekitar pula menemukan 2,620 karton rokok pelbagai jenama dan keseluruhan nilai rampasan beserta cukai melibatkan rokok, mercun dan juga kenderaan adalah RM723,496,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati suspek bergiat aktif dengan membekalkan rokok dan mercun ke kedai-kedai runcit sekitar bandar raya ini manakala kesemua barangan kontraban itu disimpan di dalam sebuah kontena.

“Tangkapan dan rampasan ini menyaksikan kita berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket pengedaran rokok tiada cukai di sekitar Johor Bahru,” jelasnya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI