fbpx

PRN Johor: Hasni akan pertahan DUN Benut jika bertanding lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima di Dewan Muafakat Sungai Pinggan, Pontian, Johor hari ini.

PONTIAN – Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut Hasni, keputusan itu disuarakan jika diberi peluang pucuk pimpinan UMNO untuk bertanding sekali lagi bagi mempertahankan DUN Benut sejak tiga penggal yang lalu bermula tahun 2008 hingga 2018.

“Jika diberi peluang, saya akan bertanding sekali lagi untuk pertahankan DUN Benut,” katanya ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Muafakat Sungai Pinggan di sini hari ini.

Pada PRU-14 lalu, Hasni menewaskan menewaskan calon Bersatu, Zulkifly Tasrep dan Mohd. Firdaus Jaafar (PAS) dengan majoriti 4,447 undi.

Ditanya mengenai laporan berhubung adik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, antara calon yang disebut-sebut bakal bertanding kerusi DUN Benut, sekali gus menentangnya pada PRN Johor nanti, Hasni hanya tersenyum.

“Lebih ramai, lebih meriah,” katanya.

Terdahulu, Aziz Shari, 33, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pontian, bakal menentang Hasni Mohammad.

Sementara itu, Hasni berkata, beliau mengalu-alukan sokongan yang suarakan ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang menyokong BN selepas membuat keputusan keluar dari Parti Peribumi Rakyat Malaysia (Bersatu).

Hasni berkata, pengalaman hampir 24 bulan bersama kerajaan negeri Johor telah memberikan ruang dan peluang kepada Mazlan untuk mengenal cara kerja BN yang mungkin ada ‘kekuatan’ berbanding parti-parti lain.

“Kita mengalu-alukan sokongan yang diberikan oleh ADUN Puteri Wangsa itu. Selepas 24 bulan bersama dalam kerajaan negeri, mungkin beliau dapat lihat cara kerja BN.

“BN ada kekuatan berbanding dengan parti-parti lain, sebab itu dia suarakan sokong BN,”katanya.

Semalam, Mazlan mengadakan sidang akhbar memaklumkan beliau bersama 23 orang yang terdiri daripada ketua cawangan dan ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Tebrau turut sama mengikut jejaknya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI