fbpx

LSH catat perolehan RM67.42 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LSH Capital Bhd - LSH33 property development

PETALING JAYA – Lim Seong Hai Capital Berhad (LSH) menerbitkan kenyataan kewangan audit pertamanya bagi tempoh kewangan berakhir (FPE) 30 September 2021 selepas penyenarai­annya di Pasaran LEAP akhir bulan Julai tahun lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, Kumpulan merekodkan perolehan RM67.42 juta, 40 peratus lebih tinggi berbanding RM48.12 juta yang dicapai pada FPE 30 September 2020.

Pertumbuhan disumbang oleh peningkatan hasil daripada sewaan mesin dan agihan bahan bangunan, masing-masing pada RM10.02 juta dan RM7.95 juta.

Untung selepas cukai turut meningkat 91 peratus kepada RM7.93 juta.

Pengerusinya, Tan Sri Lim Keng Cheng berkata, pihaknya optimis terhadap prospek jangka panjang produk berkaitan pembinaan dan industri perkhidmatan di Malaysia, yang dijangka beransur pulih dengan sokongan rangsangan ekonomi dan langkah pelonggaran disediakan kerajaan, selain projek pembinaan akan datang.

“Kejayaan berterusan kami dalam mendapatkan tempahan daripada projek berprofil tinggi di seluruh negara pada masa lalu adalah bukti keupayaan kami untuk kekal berdaya tahan dan ­menyesuaikan diri dengan ke­a­daan pasaran mencabar.

“Keupayaan kumpulan untuk memenuhi projek pembinaan merentas spektrum yang luas turut memberikan kami peluang besar dalam pelbagai subsektor pembinaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI