fbpx

Lipas besar bersarang dalam telinga lelaki di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENEMUAN tersebut dirakam oleh seorang doktor bernama Fu Jia. - Huizhou First People's Hospital/AsiaWire

BEIJING – Seorang doktor dilaporkan mengeluarkan seekor lipas besar dari dalam telinga seorang lelaki yang mengadu berasa tidak selesa pada saluran telinganya, lapor akhbar Mirror UK semalam.  

Lipas tersebut dikatakan bersarang dalam telinga pesakit itu kerana mencari tempat kering untuk kekal panas pada waktu malam. 

Bagaimanapun, serangga itu berisiko memecahkan gegendang telinga lelaki itu dengan menggerakkan kaki-kakinya.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku semasa musim sejuk di bandar Huizhou, wilayah Guangdong di selatan China, berdekatan Hong Kong.

Situasi tersebut dirakam oleh seorang doktor bernama Fu Jia yang merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Otolaryngologi, Pembedahan Kepala dan Leher dari Hospital First People. Beliau mengesan kewujudan lipas tersebut menggunakan alat endoskop.  

Pemeriksaan dilakukan dengan berhati-hati supaya lipas tersebut tidak mengorek dengan lebih dalam dan merosakkan gegendang telinga lelaki itu.

Doktor kemudian memutuskan untuk membius haiwan itu setelah ia didapati bergerak setiap kali ingin ditangkap sebelum berjaya dikeluarkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI