fbpx

Jatuh ‘berjangkit’ ketika perlumbaan ‘motorcross’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika tiga lelaki dilihat tergelincir ketika cuba membantu dua penunggang ‘motorcross’ yang terjatuh. - Twitter

JAKARTA – Sebuah rakaman video tular di media sosial memperlihatkan situasi ketika tiga lelaki tergelincir selepas cuba membantu dua penunggang ‘motorcross’ yang terjatuh, lapor laman berita Suara.com.

Video tersebut dimuat naik pada akaun Twitter bernama @garasikomedi.

Kejadian itu berlaku dalam satu perlumbaan ‘motorcross’ menggunakan trek yang berlumpur.

Dua penunggang motosikal lasak itu dilihat hilang keseimbangan lalu terjatuh dari motosikal masing-masing disebabkan keadaan tanah yang licin.

Beberapa lelaki yang menyaksikan kejadian itu bertindak cuba membantu penunggang tersebut. 

Bagaimanapun, percubaan tersebut dilihat gagal apabila tiga daripada mereka turut tergelincir lalu terjatuh di atas tanah berlumpur itu.

Kejadian itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kesian tetapi kelakar,’’ tulis seorang netizen.

“Ternyata bukan setakat bersin, jatuh pun boleh berjangkit,’’ tulis netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI