fbpx

Iqbal dakwa Vida alami gangguan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN berjauhan dari Malaysia, Iqbal tetap tidak terkecuali daripada menempelak sikap bekas kekasihnya, Vida.

PETALING JAYA – Biarpun sudah meminta maaf secara terbuka, isu mulut celupar Datuk Seri Vida yang sesuka hati melabelkan penyanyi terkenal tanah air, Anuar Zain sebagai pengamal hubungan homoseksual atau gay terus mengundang perhatian banyak pendapat.

Terbaharu, kekecohan yang dicetuskan jutawan kosmetik itu turut diulas oleh ahli perniagaan merangkap bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli yang kini menetap di Jakarta, Indonesia.

Iqbal yang juga bekas kekasih Vida secara terbuka mendakwa ‘bakal isteri tak jadinya’ itu mempunyai masalah penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD) atau Gangguan Personaliti Narsistik.

Katanya, Vida mempunyai ciri-ciri NPD iaitu mengalami keadaan mental berderia kuat dalam menjaga kepentingan diri sendiri, keperluan yang mendalam untuk meraih perhatian dan kekaguman berlebihan.

“Kalian tidak sedarkan beliau sering membuli orang untuk menaikkan nama sendiri?

“NPD adalah orang yang suka memanipulasi, suka menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri namun sangat mudah tersentuh jika menerima sedikit teguran,” kata pemilik nama penuh Ahmad Iqbal Zulkefli itu menerusi Instagram.

Menerusi perkongsian sama, Iqbal turut menerangkan individu yang mempunyai masalah sebegitu sebenarnya tidak sedar dirinya sedang berbohong.

“Suka berfantasi dirinya paling berkuasa. Orang yang mengalami masalah mental ini akan membuatkan mangsa sengsara jika tidak dapat apa yang diinginkan,” tulisnya merujuk kepada Vida.

Terdahulu, Iqbal mengambil keputusan berhijrah ke seberang pada November 2021 untuk mencari ketenangan selepas kisah kahwin tak jadinya Vida dikecam hebat.

Hubungan mereka menjadi tegang sejak perancangan untuk mendirikan rumah tangga mendapat tentangan anak-anak wanita itu, sehinggalah berlanjutan dengan perpisahan kononnya angkara sihir dan akhirnya membawa kepada perang media sosial tanpa penghujung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI