fbpx
MULLER hanya berbaki kontrak semusim sahaja lagi di Allianz Arena menyebabkan kelibatnya cuba dipancing dua pasukan di England. – AFP

Dua kelab pujuk Muller

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bintang Bayern Munich, Thomas Muller dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris selepas kontraknya hanya berbaki semusim sahaja lagi bersama gergasi Jerman itu.

Pemain berusia 33 tahun itu mengharungi satu lagi musim yang penuh cemerlang apabila meledak sembilan gol dan 20 umpanan jaringan bersama pa­sukan berkenaan musim ini.

Berdasarkan laporan akhbar di Jerman, pemain berpengaruh Bayern itu dikatakan sedang diintai oleh Newcastle United dan Everton yang sedia mengambil kesempatan.

Newcastle terus rancak untuk memantapkan pasukan apabila berjaya mendapatkan beberapa pemain pada jendela perpindahan Januari dan sedang me­nyiapkan rancangan lebih besar pada musim panas nanti.

The Magpies ketika ini sudah berjaya mendapatkan khidmat pemain pertahanan, Kieran Trippier dari Atletico Madrid serta penyerang Burnley, Chris Wood.

Everton pula yang terdesak untuk mengembalikan prestasi apabila hanya mempunyai kele­bihan empat mata berbanding pasukan di zon penyingkiran juga bersedia untuk berbelanja ketika Frank Lampard dan Vitor Pereira disebut sebagai calon pengganti Rafa Benitez yang dipecat.

Muller kini muncul sebagai pemain ketiga paling banyak membuat penampilan dengan 610 aksi selain berada di kedudukan ketiga senarai penjaring terbanyak di belakang Gerd Muller dan Robert Lewandowski. – AGENSI

POPULAR