fbpx

Tiga wanita maut kereta dirempuh van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dinaiki tiga mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan di Kilometer 84 Jalan Lipis-Merapoh di Lipis hari ini.

LIPIS – Tiga wanita maut selepas kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum dirempuh sebuah van di Kilometer 84 Jalan Lipis-Merapoh di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah penumpang hadapan kereta, Rosnani Md Daud,28; serta dua penumpang belakang kereta Mariam Ariffin, 41, dan Che Mazenah Hussin, 61.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota Corolla Altis dalam perjalanan dari arah Merapoh ke Lipis.

“Apabila sampai di tempat kejadian sebuah motosikal tiba-tiba keluar dari sebuah rumah di bahu jalan menyebabkan pemandu kereta mengelak dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

“Kereta dinaiki mangsa kemudian hilang kawalan lalu berpusing masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar oleh sebuah van,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian menyebabkan dua penumpang belakang kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang hadapan kereta meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Lipis.

Katanya, pemandu kereta mengalami patah tangan kiri dan dua penumpang van mengalami patah kaki manakala pemandu van hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

“Lokasi kemalangan adalah jalan lurus serta berturap dan semasa kejadian cuaca adalah baik,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI