fbpx

Rampas 52kg ganja, empat termasuk juruteknik kilang dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang juruteknik kilang merupakan antara empat indidvidu yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran ganja di negeri ini baru-baru ini.

Dalam tiga serbuan selama sejam bermula pukul 6.10 petang, Sabtu lalu itu, polis memberkas tiga suspek lelaki berusia 23 hingga 43 tahun.

Turut dirampas 51 ketulan mampat ganja seberat 52.02 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM130,050 selain menyita pelbagai aset berjumlah RM854,000 termasuk rumah teres setingkat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah berkata, operasi pertama dilakukan di sebuah rumah teres satu tingkat di Shah Alam dengan menahan tiga suspek.

Polis merampas lima ketulan mampat disyaki ganja.

“Soal siasat kemudiannya membawa penahanan seorang lagi suspek di dalam sebuah kereta jenis Proton Waja di Banting, dekat sini dan merampas lima lagi ketulan mampat ganja.

“Suspek membawa serbuan ke sebuah rumah di Banting dengan merampas 41 ketulan mampat ganja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujian air kencing mendapati empat suspek positif THC. Kesemua dadah dirampas itu boleh dibekalkan kepada 52,020 penagih.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI