fbpx

Kes dadah Isma Halil dibenar pindah ke Mahkamah Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isma Halil Hamzah

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan kes penyampai radio, Isma Halil Hamzah yang berdepan pertuduhan mengedar dadah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Wong Chai Sia memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes itu dipindahkan dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tinggi selain laporan kimia telah diperolehi.

Bagaimanapun tarikh bagi sebutan kes dan prosiding seterusnya di Mahkamah Tinggi masih belum ditetapkan.

Kes dadah itu dipindah dan dibicarakan ke Mahkamah Tinggi berikutan pertuduhan itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Mengikut pertuduhan, Isma, 48, didakwa mengedar kanabis seberat 409 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini pukul 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah  Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur manakala Isma Halil diwakili peguam Adi Zulkarnain Zulkafli.

Sejurus selepas prosiding, Adi Zulkarnain ketika ditanya berhubung laporan kimia memberitahu, berat dadah itu berkurangan dari 409 gram seperti dalam pertuduhan kepada 374.6 gram namun masih di bawah Seksyen 39B.

Turut hadir pada prosiding tersebut adalah isteri Isma Halil dan anak-anaknya.

Sebelum ini peguam itu berkata, anak guamnya sihat dan diberikan kerja dalam penjara selain tiada aduan berkaitan kesihatan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI