fbpx

Jana RM8,496 sebulan dengan badan obes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANIELLE Birch merakam aksinya tersekat pada pintu, di dalam kereta serta berdiri di sebelah lelaki kecil daripadanya. - William Lailey / Mercury Press

LONDON – Seorang wanita dengan berat badan 222.25 kilogram menjana pendapatan lebih £1,500 (RM8,496) sebulan kerana kaum lelaki suka melihatnya tersekat pada pintu dan di dalam kereta, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Danielle Birch, 25, dari Plymouth, mengenakan bayaran terhadap video bukan seksualnya untuk sesetengah orang yang mengagumi wanita berbadan besar.

Birch menjual videonya pada harga £2.90 (RM16.43) manakala klip berdurasi 20 minit boleh didapati pada harga RM41.35.

Antara kandungan videonya adalah merakam dirinya tersekat pada pintu dan di dalam kereta serta berdiri di sebelah orang yang lebih kecil daripadanya.

“Ramai berminat untuk melihat bagaimana berat badan mempengaruhi kehidupan saya. 

“Saya dikategorikan sebagai bersaiz super untuk wanita dengan berat antara 158.8 kilogram hingga 226.8 kilogram’’ jelas Birch.

Menurutnya, video pendek yang dihasilkan selalunya mengenai percubaannya memakai pakaian yang kecil dan comel. 

Dia menghabiskan masa selama tiga hari untuk menyiapkan video yang akan dimuat naik dalam tempoh seminggu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI