fbpx

Bayar iklan RM38,172 demi kucing hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAY (kiri) dan Kim (kanan) dirakam ketika ditemui wartawan. - Facebook

PHUKET – Seorang wanita Jepun dilaporkan membayar lebih 300,000 baht (RM38,172) untuk memasang papan-papan iklan di bandar Phuket bagi mencari dua kucingnya yang hilang sejak November tahun lalu, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Menurut wanita yang ingin digelar Kim itu, sesiapa yang menemukan dua kucingnya akan diberi ganjaran sebanyak 30,000 baht (RM3,817) setiap seekor.

Pekerja wanita itu yang berasal dari Thailand, May berkongsi kepada wartawan bahawa majikannya mengimport empat kucing dari Jepun ke Thailand. 

Pada suatu hari, penghantar barang terlupa menutup pintu sangkar lalu menyebabkan dua kucing terlepas.

Seekor kucing jantan berusia lima tahun bernama Goma dan seekor lagi kucing betina berusia enam tahun bernama Tama.

Kim dikatakan mempunyai hubungan rapat dan selalu menangis sejak kehilangan dua kucing tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI