fbpx

Tular pemandu Proton Perdana lagak samseng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki menghalang laluan sebelum berlagak ala samseng kepada pengguna jalan raya

SHAH ALAM – Tular sebuah klip video seorang lelaki bersongkok bertindak ala samseng menghalang sebuah kenderaan lain di Setia Alam, baru-baru ini.

Kejadian berlaku pada Ahad lalu tular menerusi video berdurasi dua minit 18 saat yang dimuat naik di laman Twitter dengan pelakunya menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana.

Berdasarkan video berkenaan, kereta Proton Perdana itu yang didakwa cuba memotong barisan di sekitar jalan berkenaan sebelum mengejar kenderaan mangsa lalu berhenti dan menghalang laluan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisoner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai imej dan video pemandu lelaki itu di laman Twitter seorang individu pada pukul 4.18 petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di Jalan Setia Gemilang U13/45B berhadapan pangsapuri Seri Mutiara.

“Menerusi klip video tular itu, ia menunjukkan tindakan pemandu kereta yang berlagak samseng dengan menghalang laluan kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jelas beliau, semakan mendapati tiada sebarang laporan polis dibuat mana-mana pihak berhubung kejadian itu setakat ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI