fbpx
ZIANA menempelak sikap Vida yang sewenang-wenang menuduh, adiknya, Anuar Zain sebagai gay.

Tuduh Anuar Zain gay, Ziana Zain anggap Vida biadab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Orang kata, sebab pulut santan binasa, sebab mulut menjawablah Datuk Seri Vida.

Situasi tersebut yang berlaku apabila penyanyi popular, penyanyi Ziana Zain tampil menempelak usahawan kosmetik itu yang sewenang-wenang menuduh adiknya, Anuar Zain mengamalkan gaya hidup songsang atau gay.

Katanya, usahawan kosmetik tersebut bertindak keterlaluan dengan secara kurang ajar apabila mengeluarkan tuduhan melulu dalam sesi secara langsung Instagramnya (IG Live).

“Sangat biadap,” itu maklum balas ditinggalkan penyanyi Puncak Kasih itu menerusi laman sosial seorang pengguna TikTok yang telah mengulang siar video IG Live  usahawan berusia 51 tahun itu.

Daripada sesi berkenaan dapat dilihat Vida membalas usul seorang pengikutnya supaya mendekati Anuar namun secara berbisik jelas kedengaran dia menyebut perkataan gay.

“Nanti cubalah mengorat Anuar Zain? Gay!” kata penyanyi lagu I Am Me itu.

Sikap Vida yang selamba menilai kecenderungan seks orang mengikut pemahaman sendiri itu menarik perhatian ramai sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, sehingga ada yang mencadangkan penyanyi lagu Sedetik Lebih itu mengambil tindakan undang-undang terhadap Vida.

“Anuar boleh saman ini,” kata seorang netizen.

“Ini soal maruah, jangan buat main-main. Kaya tidak bermakna boleh menghina dan menfitnah orang lain sesuka hati,” komen seorang pengguna TikTok.

Terdahulu, pelbagai nama selebriti lelaki yang dicadangkan kepada Vida untuk dijadikan sebagai model dalam video muziknya dan yang paling dinanti-nantinya ialah Aweera. – K! ONLINE

POPULAR