fbpx

Suspek seleweng invois palsu sebelum kemuka kepada MITRA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Menyediakan invois palsu dan ‘mark-up’ harga dan seterusnya kemukakan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sebagai bukti perbelanjaan.

Itu modus operandi yang didedahkan berhubung penyelewengan dana MITRA.

Sumber berkata, siasatan mendapati, penerima-penerima akan menyeleweng dana berkenaan untuk kepentingan peribadi.

Menurutnya, suspek mengambil kesempatan atas kelemahan pihak MITRA yang tidak membuat pengesahan perbelanjaan secara terperinci.

“Mereka (suspek) tahu, pihak MITRA hanya bergantung kepada Laporan Perbelanjaan Berkala yang dikemukakan oleh syarikat dan tidak membuat semakan secara terperinci.

“Kes disiasat di bawah Pecah Amanah di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 403/405/409 dimana dana diselewengkan untuk kegunaan peribadi atau perniagaan,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI