fbpx

Perikatan AS, Eropah hadapi Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDEN bercakap semasa mesyuarat di White House, Washington kelmarin. - AFP

WASHINGTON – Presiden Joe Biden mengisytiharkan ‘penyatuan penuh’ antara kuasa Barat kelmarin selepas mengadakan rundingan krisis dengan para pemimpin Eropah bagi mencegah serangan Rusia terhadap Ukraine, manakala Pentagon meletakkan 8,500 askar Amerika Syarikat (AS) dalam keadaan siap siaga bagi memperkukuhkan benteng Perjanjian Pertahanan Atlantik Utara (NATO).

“Saya mengadakan pertemuan sangat ringkas dan keputusannya adalah kesepakatan antara semua pemimpin Eropah,” kata Biden kepada pemberita selepas menamatkan sidang video selama sejam 20 minit dengan pemimpin sekutunya dari Eropah serta NATO.

Di London, pejabat Perdana Menteri Boris Johnson turut menyatakan bahawa semua pemimpin terbabit bersetuju mewujudkan kesepakatan antarabangsa ketika menghadapi ancaman Rusia yang semakin meningkat.

Canselor Jerman berkata, kini terpulang kepada Rusia untuk mengambil tindakan bagi meredakan keadaan, manakala Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg memberi amaran ‘padah serius’ menanti sekiranya berlaku ‘kekerasan seterusnya’ oleh Moscow terhadap Ukraine.

Turut menyertai sidang video tersebut adalah pemimpin Perancis, Itali, Poland dan Kesatuan Eropah (EU).

Di sebalik bertegas beliau tidak berniat untuk menyerang, Presiden Vladimir Putin mengerahkan sekitar 100,000 askar berhampiran sempadan Ukraine, manakala Rusia telah merampas Crimea pada 2014 dan menyokong tentera pemberontak di timur negara itu.

Moscow kini menuntut jaminan bahawa Ukraine yang merupakan bekas negara Kesatuan Soviet, tidak akan dibenarkan menyertai NATO di samping pemberian lain oleh AS sebagai balasan untuk meredakan ketegangan.

AS dan NATO bagaimanapun menolak tuntutan Rusia dan mendesak Putin mengundurkan tenteranya dari sempadan Ukraine. Kedua-duanya turut memberi amaran bahawa serangan Rusia akan mengaktifkan sekatan ekonomi serius dan peningkatan kehadiran NATO di Eropah Timur.

Di Washington, jurucakap Pentagon, John Kirby berkata, pasukan tentera seramai 8,500 askar AS diletakkan dalam siap siaga dan bersedia dikerahkan bagi mengukuhkan tentera NATO di rantau Eropah Timur di mana kebimbangan semakin meningkat konflik Ukraine akan merebak sekiranya berlaku.

NATO turut menyatakan, pihaknya menghantar sebilangan jet dan kapal perang untuk mengukuhkan kubunya di Eropah Timur. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI