fbpx

Man. City ikrar kembali ‘mengganas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY gagal mencatat kemenangan ke-13 apabila sekadar terikat 1-1 menentang Southampton Sabtu lalu. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berjanji pasukan itu akan kembali ke prestasi terbaik sebaik sahaja saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersambung semula 10 Februari ini.

The Citizens gagal untuk melakar kemenangan ke-13 berturut-turut EPL apabila diikat 1-1 oleh Southampton pada perlawanan yang berlangsung di Stadium St. Mary Ahad lalu.

Justeru, Guardiola percaya pemain-pemainnya yang kini sedang menikmati rehat liga selama dua minggu akan kembali ‘mengganas’ bagi memastikan mereka terus selesa menerajui saingan EPL.

“Kalau boleh, kami mahu memimpin saingan liga dengan perbezaan 40 mata ke atas Liverpool tetapi ia sesuatu yang mustahil, lebih-lebih lagi kita masih berada di bulan Januari.

“Bagaimanapun, saya juga tidak jangka kami dapat menerajui saingan liga ketika ini. Oleh itu, saya mahu semua pemain dapatkan rehat yang mencukupi dan kembali dengan keadaan terbaik,” kata bekas pengendali Barcelona itu.

Pada masa sama, Guardiola juga gembira memandangkan beliau memiliki tempoh lebih kurang dua minggu untuk membuat percaturan sebelum me­layan kunjungan Brentford di Stadium Etihad 10 Februari nanti.

“Kami ada masa dua minggu untuk buat persediaan sebelum perlawanan seterusnya. Saya gembira apabila orang bercakap mengenai saingan liga belum berakhir ke­rana ia memastikan kami sentiasa bersedia dalam setiap perlawanan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI