fbpx

Geng Kontraban minuman keras tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A.A Anbalagan (kanan) menunjukkan barang penyeludupan minuman keras pada sidang akhbar di IPD Serdang di sini hari ini.

SERDANG – Dua sindiket penyeludupan minuman keras bernilai RM32,000 termasuk cukai berjaya ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu serbuan di sebuah kilang di Puchong di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, serbuan dilakukan di sebuah kilang yang dijadikan stor simpanan di kawasan perindustrian di Taman Puchong pada 22 Januari lalu.

Beliau berkata, menerusi serbuan tersebut, sepasukan anggota PDRM Cawangan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjaya menyita sebanyak 6,590 liter minuman keras dengan jumlah cukai dielakkan sebanyak RM145,000.

Katanya, sebuah lori, alat kawalan jauh dan sebuah telefon bimbit turut disita dalam serbuan tersebut.

“Seorang suspek terdiri warga Bangladesh berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pembantu stor di kilang terbabit telah ditahan.

“Modus operandi kumpulan ini menjadikan kilang sebagai stor simpanan barang terlarang dan dipercayai untuk edaran di sekitar di kawasan Lembah Klang.

“Stor simpanan ini dipercayai bergiat aktif lebih kurang 5 hingga 6 bulan di daerah Serdang dan sekitar kawasan Lembang Klang” katanya dalam satu sidang akhbar di bilik media IPD Serdang di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali nilai barang atau RM100,000.00 yang mana lebih besar dan tidak lebih 20 kali nilai barang atau RM500,000.000 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI