fbpx

Tiga lagi kluster pendidikan di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Tiga lagi kluster Covid-19 baharu membabitkan institusi pendidikan direkodkan pada semalam dan hari ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, sebanyak dua kluster baharu direkodkan semalam dan satu lagi direkodkan hari ini.

Kata beliau, dua kluster yang direkodkan semalam ialah Kluster Dah Jalan Stadium di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Mohamed Al-Bukhary di sini dan Kluster Dah Batu 16 di Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah (Pondok Pak Ya), Yan dekat sini.

“Kluster Dah Jalan Stadium merekodkan sebanyak 56 kes positif Covid-19 manakala Kluster Dah Batu 16 merekodkan 19 kes positif Covid-19.

“Terdapat satu lagi kluster pendidikan baharu yang diisytiharkan iaitu Kluster Dah Bunga Junjong di Kolej Vokasional Kulim dengan bilangan 40 kes positif Covid-19,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, sebanyak 13 kluster institusi pendidikan dicatatkan di negeri ini setakat ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI