fbpx

Syarikat Jepun cipta seluar dalam renda untuk lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan salah satu koleksi daripada seluar dalam lelaki (boxer) renda yang dikeluarkan oleh syarikat Wacoal. - Wacoal

TOKYO – Syarikat pengeluar pakaian dalam Jepun, Wacoal baru-baru ini mengeluarkan koleksi seluar dalam lelaki (boxer) renda yang dikatakan cantik dan berfungsi, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pada November tahun lalu, syarikat itu telah menguji pasaran dengan meletakkan seluar dalam lelaki renda pada platform pengutip dana, Makuake. 

Koleksi itu dikatakan mengatasi sasaran pendanaannya sebanyak 300,000 yen (RM11,051) iaitu lebih 1,090 peratus dan memperoleh kira-kira 3.27 juta yen (RM120,459). 

Sejak itu, pengeluarannya diteruskan dan kini ia ditawarkan dengan tujuh pilihan warna.

Dalam memastikan produk tersebut mesra maskulin, Wacoal mengubah suai fabriknya supaya ia lebih kuat dan tegang sehingga mempunyai ketahanan sama seperti seluar dalam lelaki yang biasa. 

Wacoal menggambarkan bahawa produk itu cantik dan berfungsi bagi memastikan kebolehnafasan yang lebih baik dengan ketelusan bahan untuk meningkatkan aliran udara.

Bahagian hadapannya direka dengan teliti dan kukuh untuk melindungi ‘aset’ lelaki dalam jangka masa yang panjang. 

Ia boleh didapati menerusi kedai dalam talian Wacoal dan platform Amazon pada harga 3,960 yen (RM145.87) sepasang.  -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI