fbpx

Permaisuri Johor cemar duli lawat kediaman pasca banjir di Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mencemar duli memberikan sumbangan barangan keperluan kepada salah seorang mangsa banjir, Razak Komeng, di Kampung Pogoh 3, Segamat.

SEGAMAT – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan mencemar duli melawat lima kediaman mangsa banjir di sekitar Kampung Pogoh 3, di sini hari ini.

Raja Zarith Sofiah turut beramah mesra bertanya tahap kesihatan kepada keluarga mangsa banjir di kediaman mangsa bah berkenaan sebelum berkenan menyampaikan bantuan barangan keperluan harian.

Baginda diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Ketibaan baginda pada pukul 11.30 pagi disambut oleh Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim, Kadi Daerah Segamat, Fauzi Bachok dan Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd. Noh.

Baginda yang meluangkan masa hampir sejam kemudiannya berangkat pulang pada pukul 12.25 tengah hari.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI