fbpx

Lembu di Indonesia makan kacang buncis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika seekor lembu dilihat memakan kacang buncis yang mengalami kejatuhan harga. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial yang memperlihat situasi seekor lembu memakan kacang buncis selepas sayuran itu mengalami kejatuhan harga, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video tersebut dimuat naik ke akaun Instagram bernama @terangmedia.

Menerusi video yang dikongsikan, seekor lembu dirakam sedang memakan kacang buncis yang telah dilonggokkan di hadapannya.

“Kesan kejatuhan harga, daripada dibuang lebih baik beri makan lembu,’’ tulis kapsyen pada video tersebut.

Menurut sumber, harga komoditi sayur-sayuran seperti kacang hijau mengalami penurunan di beberapa wilayah di Indonesia sejak akhir tahun 2021.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna di laman sosial memberikan komen yang positif mengenai rakaman tersebut.

“Nah, lebih baik begini daripada membazir,’’ tulis seorang netizen.

“Kalau buang lagi rugi,’’ tulis netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI