fbpx

Lelaki solat di tengah jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi seorang lelaki yang dipercayai memiliki masalah mental solat di tengah jalan di Sukabumi, Indonesia. - Istimewa

JAKARTA – Tindakan seorang lelaki mengerjakan ‘solat’ di tengah jalan di Jalan Raya Ahmad Yani, Kota Sukabumi telah menimbulkan kesesakan lalu lintas yang teruk, lapor portal berita Suara.com semalam.

Aksi lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental itu dirakam oleh pengguna  jalan raya dan tular di media sosial.

Menerusi paparan video berdurasi 25 saat itu, lelaki itu dilihat melakukan gerakan solat seperti rukuk, takbiratul ihram dan sujud.

“Dia mungkin alami masalah mental tetapi gerakan solatnya tepat malah, dia menghadap kiblat yang betul.

“Lelaki itu berdiri di tengah jalan raya selama setengah jam sebelum ditenangkan oleh Jabatan Masyarakat Kota Sukabumi yang menariknya ke tepi,” kata perakam video, Wahyudin. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI