fbpx

Keadaan kesihatan Tun Mahathir bertambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA – Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertambah baik hari ini.

Anaknya, Datin Marina Mahathir dalam satu kenyataan akhbar berkata, selera makan Mahathir juga bertambah baik.

Jelas beliau, mantan Perdana Menteri itu malah sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisi beliau di Institut Jantung Negara (IJN).

“Tun Dr. Mahathir juga diberitahu mengenai ucapan selamat yang disampaikan oleh begitu ramai pihak termasuk pemimpin-pemimpin negara asing serta orang ramai.

“Tun Dr. Mahathir berserta keluarga berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau segera pulih,” katanya.

Marina berkata, Mahathir juga memohon agar orang ramai tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya.

Jelas beliau, bapanya akan terus mendapat rawatan di lJN di bawah pengawasan pakar tempatan.

“Buat masa ini IJN masih tidak membenarkan pelawat selain daripada keluarga terdekat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI