fbpx

JPM perlu terkehadapan promosikan Keluarga Malaysia – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) perlulah terkehadapan dalam mempromosikan konsep Keluarga Malaysia kepada rakyat negara ini.

Beliau berkata, ini kerana agensi-agensi dan jabatan-jabatan di bawah JPM dilihat kurang memainkan peranan dalam mempromosikan konsep yang dilancarkannya pada Oktober tahun lalu.

“Tan Sri KSN (Ketua Setiausaha Negara) menjadi pengerusi daripada segi promosi tapi kadang-kadang saya lihat kurang peranan yang ditunjukkan oleh agensi ataupun jabatan di bawah JPM.

“Jadi saya harap kita tingkatkan lagilah promosi tentang konsep Keluarga Malaysia ini supaya orang lain dapat melihat bahawa JPM juga terlibat, terkehadapan berbanding daripada orang lain.

“Bagaimana saya nak minta kementerian lain untuk sokong program atau konsep Keluarga Malaysia ini jika selaku tuan rumah pun tidak melakukan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Konsep Keluarga Malaysia menggariskan tiga teras utama iaitu iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran selain mengandungi 20 pengkayaan nilai yang mendasari kerajaan pimpinan Ismail Sabri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI